Wednesday, March 11, 2015

terasa masa begitu pantas

Pejam celik pejam celik sekejap je dah jumaat...kenapa jumaat?biasalah..sabtu kan cuti.hooray...dapatlah rehat setelah bhempas pulas bkerja...memang tu lah yang ditunggu2. Tapi kenapa sekarang ni rasa masa tu macam cepat je..seminggu rs macam 2,3 hari je..kadang2..rasa eh bukan ke semalam hari isnin...hari ni dah jumaat dah...mungkin ni lah petanda kiamat dah dekat..aku ade terbaca sebuah hadis dari riwayat Anas bin Malik r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda. "Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat,Maka setahun dirasakan seperti sebulan Dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari Dan sehari dirasakan seperti Satu jam Dan Satu jam dirasakan seperti Satu percikan api."
Betullah kan....tapi ramai yang tak sedar yang sebenarnya kita ni dah x sempat...x sempat nak buat banyak amalan sebab sibuk mengejar waktu didunia...hmmm mudah2an kita semua pergi dalam keadaan husnul khatimah...dalam mengejar dunia jangan sampai tercicir lak akhirat...nasihat tuk diri sendiri sebenarnya....akhir kata renung2kan dan selamat beramal :)